Friday, February 4, 2011

Awas !! Kita Diserang Syaitan melalui 10 Pintu



Berhati-hatilah kalian semua dengan hasutan dan godaan Syaitan, kerana SYAITAN telah bersumpah dengan Allah SWT yang mereka akan berusaha menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat. Ini berikutan dendam selepas dilaknati Allah SWT kerana enggan `tunduk’ kepada Nabi Adam as.

Berikutan itu, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan peranan syaitan seperti di dalam hadis ini: “Pada diri anak Adam itu terdapat dua gerak rasa. Satu akan terbit daripada syaitan, manakala satu lagi daripada malaikat.
Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini….

1. TAMAK DAN BURUK SANGKA. Lantas aku hadapi dengan sifat menaruh kepercayaan dan berada dengan apa yang ada setelah berusaha berakhir.

2. CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN. Lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kadatangan maut secara tiba-tiba.

3. CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN. Lantas aku menghadapinya dengan meyakini pemberian Allah dan takutkan balasan seksa Allah.

4. UJUB(Kagum dengan diri sendiri). Lalu aku menghadapinya dengan menyukuri nikmat pemberian Allah dan Takutkan balasaan Seksa Allah.

5. PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA. Lalu aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG. Lalu aku menghadapinya dengan sikap iklhas dan Tawaduk.

7. HASAD. Lalu aku menghadapiya dengan sifat qanaah iaitu berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar serta Redha di atas pemberian Allah terhadap Makhluk-Nya.

8. BAKHIL. lalu aku menghadapinya dengan meyakini bahawa dengan ada di tangan makhluk-Nya.

9. TAKBUR. lalu aku menghadapi dengan meyakini sifat Tawakal dan rendah Diri.

10. TAMAK. Lalu aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesat yang ada pada MANUSIA.

p/s : “Wahai orang-orang muda termasuk gua yang masih terlena dengan keseronokan, anda mungkin merasa terlalu awal untuk hidup serius. Anda merasa lebih baik berseronok dahulu sebelum bertaubat dan menukar gaya hidup. Benarkah hati anda pernah merasa puas setelah pergi berseronok di mana-mana”

Amalan Ayatul Kursi


ayatul kursi Amalan Ayatul Kursi
Add caption
Ayat ini diturunkan setelah Hijrah. Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.

1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3) Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4) Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:” Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.

5) Sabda Baginda lagi:” Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.

6) Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7) Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

icon cool Amalan Ayatul Kursi Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9) Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.

10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk, Insyaallah, akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali, insyaallah, mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.

12) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya, Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.

13) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu, ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

14) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

15) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.

16) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17) Barangsiapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18) Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam, nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Tenaga Luarbiasa Tersembunyi


Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda. Tenaga Luarbiasa Tersembunyi
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda.
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi.

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya.
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jika anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama.

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa.
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Dapat melalui email,kredit kepada penulis.

Amalan menjauhi gangguan syaitan

Amalan menjauhi gangguan syaitan

 Amalan menjauhi gangguan syaitan
Di dalam penghujung surah Allah SWT memberi ingat bahawa syaitan akan sering meniupkan bisikan-bisikannya, firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (al-Nas:2-7).
Di dalam ayat yang Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Aku berlindung kepada-Mu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 98).
Kedua-dua ayat ini memberitahu kita bahawa musuh yang bernama iblis dan sesuai dengan sifat kesyaitanannya menjauhkan manusia daripada mentaati Allah SWT.
Tidak kiralah apa cara sekalipun asalkan anak Adam berjaya diganggu sehingga berhenti daripada mentaati Allah SWT dan mentaatinya dengan melakukan maksiat.
Manakan tidak bila seseorang itu berhenti mentaati Allah SWT bermaksud mentaati iblis. Nah, bila sudah jauh daripada Allah maka yang dekat dengannya ialah iblis.
Maka inilah yang menjadi matlamat iblis. Untuk itu, iblis sanggup berusaha siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengenal erti putus asa dalam menggoda anak Adam.
Apa anda lalui adalah gangguan iblis yang menyedari bahawa ketaatan kamu kepada Allah adalah kerugian baginya. Sebenarnya iblis ini tidak kuat, dia lemah dan hina, dia sungguh tidak berdaya untuk menyesatkan kita, ini kerana kita adalah lebih kuat dan lebih mulia daripada segi kejadian.
Bisikan serta gangguan dalaman adalah kerana jiwa kita kosong, gersang daripada mengingati Allah SWT. Kekuatan dalaman kita menjadi dinding dan perisai bagi menghindari iblis durjana ini.
Dalam hadis Rasulullah SAW baginda bersabda yang bermaksud: Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah (ujian) syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: “Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (al-Bukhari dan Muslim).

Pengajaran daripada hadis ini;

1) Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2) Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3) Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
Memandangkan gangguan iblis selalu dituju ke hati melalui urat saraf tempat mengalir darah dan akhirnya, darah itu sampai ke hati bersama bisikan iblis.
4) Syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya.
Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.
Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran darah di dalam tubuhnya.
Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mujadalah.
Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh al-Quran yang menyatakan: Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka (keturunan Adam) daripada jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (al-A’raf: 16-17).
Kesungguhan iblis dalam menyesatkan anak Adam memang sangat jelas melalui ayat ini. Kekerapan gangguan yang anda lalui juga ada kemiripan kepada penyakit was-was, penyakit yang sangat bahaya, serta makan masa untuk dipulihkan.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara. Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga”. (riwayat al-Nasa’i)

Menjauhkan diri daripada maksiat dan kejahatan adalah bermaksud menjauhi syaitan. Banyakkan zikir, solat, wuduk, selawat, istighfar, membaca al-Quran. Kawal pancaindera daripada murka kepada pencipta-Nya.

5 Prinsip Asas dalam Bisnes Online


ebiz 5 Prinsip Asas dalam Bisnes Online
Tahun 2010 merupakan tahun yang amat pesat perkembangan Internet Marketing (IM) di Malaysia. Kemunculan banyak newbie yang hebat dan berjaya mengatasi otai² lama dalam IM yang sebelum ini menjadi ikon besar. Saya melihat ini satu perkembangan positif rakyat Malaysia mula memanfaatkan Internet sebagai wadah bisnes bagi menjana pendapatan sampingan. Bisnes online ini bukan lagi eksklusif untuk mereka yang pakar komputer, malah ia sudah boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja termasuk di kalangan pelajar sekolah.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang baru pertama kali berjinak-jinak dalam bisnes online ini perlu memahami beberapa prinsip asas yang wajib ada dalam diri masing-masing. Ini penting supaya kita tidak tersalah langkah dan akhirnya merugikan diri sendiri. 5 prinsip asas tersebut saya ringkaskan seperti di bawah :
1. Mempunyai mindset yang betul tentang perniagaan.

Kesilapan yang paling ketara apabila newbie mula terjun dalam bisnes online ialah mahu cepat dapat duit lumayan dengan mudah. Ya, ramai yang teruja nak buat duit mudah dengan Internet. Seumpama mudah mcm A.B.C dalam sekelip mata boleh jadi jutawan. Ini sebenarnya mitos sahaja.
Jika Dr Irfan Khairi memulakan mindset Jutawan Internet pada umur 18 tahun dan berjaya mencapai pada umur 25 tahun. Sehingga sekarang masih kekal sebagai brand terkenal Jutawan Internet Malaysia dengan caranya tersendiri. Sehubungan itu, kita memerlukan disiplin yang tinggi jika mahu berjaya sebagai usahawan internet. Mindset yang betul ini perlu dibina terlebih dahulu asasnya. Ia perlukan kerja keras, perancangan perniagaan yang sebenar memerlukan semangat yang tulen. Barulah jadi usahawan internet yang sejati.

2. Usah bekerja bersendirian.

Bisnes online bukan bermakna anda bekerja bersendirian semata-mata. Sebenarnya ia memerlukan kreativiti dan inovasi dalam selok belok perniagaan internet ini. Ada masanya kita bertapa kerja teknikal web, ada masanya pula kita socialize untuk viral marketing di dalam facebook, myspace, youtube, digg, ym, skype etc. Walau bagaimanapun newbie sememangnya memerlukan mentor atau internet guru yang dapat membimbing dengan baik. Saya sendiri mempunyai banyak mentor sama ada online atau offline. Lagi banyak mentor lagi bagus.. Kita belajar untuk jadi lebih baik dalam apa jua aspek sekalipun.
Mentor yang baik akan menjadikan kita seorang usahawan internet yang tulen. Apa jua masalah boleh minta pandangan dan sesi personal coaching yang lebih teliti. Terus terang mentor saya Dr Irfan Khairi, beliau adalah role model dalam bisnes online saya selama ini. Manakala Mike Filsaime dan John Reese juga antara mentor Internet Marketing yang hebat dan wajar dipelajari teknik mereka.
Selain daripada mentor, kita perlu ‘outsource’ memana part kerja seperti design, programming, marketing atau lain-lain supaya kita boleh focus pada kerja R&D product/services. Terpulang pada kreativiti dan bajet kita yang mana kita boleh maksimumkan leverage outsource ini. Jika tidak mampu outsource, kita boleh ‘JV’ atau jalinkan kerjasama dengan memana pihak yang mempunyai kepakaran atau resources. Pada tahun 2000 dulu saya cumalah seorang designer biasa yang baru belajar di 1st year UM dan tiada modal untuk beli domain atau hosting sendiri yang pada waktu itu masih mahal harganya berbanding sekarang.
Walau bagaimanapun saya jalinkan kerjasama dengan mentor saya yang masa itu juga seorang web hosting provider dan juga pakar e-marketing. Saya tidak lagi bekerja sendirian sebaliknya menjadikan JV ini satu batu loncatan untuk berkembang jauh dalam arena bisnes online. Ia merupakan satu leverage yang mana saya membantu mentor dalam menyiapkan projek web development dan mendapat pelbagai kemudahan termasuk web hosting percuma dan training percuma.

3. Usah kedekut dalam pelaburan ilmu keusahawanan internet.

Sekiranya saudara ada simpanan RM100 eloklah invest dalam pelaburan ilmu keusahawanan bagi meningkatkan kualiti dan reputasi sebagai usahawan internet yang berdaya saing. Saya dulu pernah invest RM20,000 dalam perniagaan produk fizikal dan keuntungannya tidaklah sebesar bisnes online yang hanya modalnya kecil namun pulangannya lumayan.
Saya telah invest RM300 dalam pelaburan ilmu produk digital ebook dan mendapat pulangan berlipatganda daripada modal asal. Dari seorang yang tidak tahu apa-apa tentang produk digital kini sudah mempunyai 5 jenis ebook hasil karya saya sendiri yang mana beribu orang sudah mendapatkannya. Reputasi dan brand Rahsiaebiz.Com sudah ramai orang tahu hasil daripada viral marketing melalui ebook² penulisan saya.
Sehubungan itu, ilmu adalah teramat penting sebagai aset seseorang usahawan internet. Bisnes online cepat berubah dan kita wajar manfaatkannya sebaik mungkin. Di web Rahsiaebiz saya sudah sediakan banyak ilmu-ilmu asas terutamanya dalam Tip Ebiz, Blog, Marketing, SEO dan Web Development. Lagi cepat kita menguasai sesuatu ilmu, lagi cepatlah kita dapat menghasilkan pulangannya. Ini semua memerlukan pelaburan yang spttnya direbut dengan apa jua cara sekalipun. ~ Knowledge is Power , Sir Francis Bacon
4. Minimumkan kerugian, maksimumkan keuntungan.
Prinsip keempat ini juga merupakan intipati sebenar dalam arena bisnes online. Dengan kuasa Internet sebagai leverage yang mampu menjimatkan kos masa, tenaga dan wang. Berbanding dengan perniagaan fizikal yang memerlukan premis namun bisnes online tidak perlu dan boleh jimat kos wang ringgit jauh lebih besar. Dalam masa yang sama kita menjimatkan masa untuk ke kedai atau office sebaliknya focus pada sales & marketing secara online.
Kita meminimumkan kos, dalam masa yang sama meningkatkan kadar keuntungan dengan bisnes online ini boleh dilakukan tidak kira di mana jua sama ada di rumah mahupun tengah berkelah di tepi pantai. Selagi ada connection Internet kita boleh lihat sales masuk dan lihat duit dalam akaun bank secara live.
Strategi meminimumkan kos ini menjadi pilihan saya, di saat orang invest duit yang besar dalam aspek marketing secara konvensional melalui media akhbar cetak dan sebagainya, namun saya menggunakan kaedah E-Marketing yg jauh lebih murah dan lebih besar impaknya.
Begitu juga penggunaan Email, Yahoo Messenger (YM), Skype, Facebook, Myspace dan lain-lain dapat menjimatkan kos komunikasi telefon. Kebanyakan pelanggan saya lebih selesa berurusan dengan email dan YM dalam urusan jual beli produk dan servis.
Di samping itu dalam meminimumkan kos kita boleh guna blogspot atau weebly sebagai platform awal bisnes online. Manakala segala resources graphic, software, music, movie boleh dapat semuanya tidak lama lagi di lubukrahsia.com berbanding di tempat lain yang sudah tentu amat mahal harganya. Kelebihan ini menyebabkan kos operasi bisnes kita menjadi lebih menjimatkan dan hasilnya tinggi. Inilah kehebatan Internet yang telah menjadi lubuk duit. Kita perlu start sekarang dan mula cari jalan penjimatan yang cukup eksklusif ini.

5. Sentiasa buat yang terbaik, kualiti yang terbaik.

Ok prinsip asas yang ke 5 ini saya gariskan sebagai satu bentuk ‘benchmark’ untuk survival bisnes online anda. Dalam mana-mana bisnes sekalipun yang penting adalah ‘value’ atau nilai terbaik, positif dan merujuk kepada kualiti. Jika produk atau servis anda mempunyai value dan dihargai pelanggan maka ia sudah cukup membuktikan bisnes online kita yang terbaik dan berkualiti. Bila pelanggan puas hati dan reputasi nama bisnes online kita meningkat maka ia sudah jadi satu intangible profits yang baik untuk jangka masa panjang.
Kita buat bisnes online bukan sekadar setahun dua, kita perlu fikir jauh dari itu. Bisnes online biarlah sampai mempunyai empayar besar yang sepenuhnya autopilot. Biar income mencurah masuk secara automatic tanpa henti. 3 tahun pertama bisnes online adalah proses asas pengukuhan, tahun keempat dan kelima proses transformasi pengembangan. Seterusnya adalah sebuah empayar online yang gah dan orang akan kenali brandname kita tidak kira di mana jua sebagai salah satu jenama yang berkualiti dan hebat.
Untuk mencapai taraf ini, kene mula bekerja keras untuk mencipta jenama yang diyakini dan berkualiti. Sebagai contoh saya membina web rahsiaebiz.com ini sudah nak masuk tahun keempat, ramai yang mengenali saya sebagai Internet Marketer sedangkan pada asalnya saya bermula dengan niche graphic. Brandname Rahsiaebiz.Com ini menjadi fenomena sebagai tempat rujukan pemasaran internet maupun bisnes online. Di samping saya mengembangkan niche graphic dan web development di dunia realiti, saya juga menambah network yang berkualiti untuk proses pengembangan. Kita menyedia produk dan servis yang terbaik untuk pelanggan, seringkali overdeliver dan menjadikan kita sebagai ‘asset’ yang bermakna pada pelanggan. Kualiti satisfaction itu menjadi satu bentuk value dan kita wajar bina value itu sekarang semasa di awal proses pengukuhan 3 tahun pertama bisnes online.
Oklah, cukup 5 point secara umum saya sentuh. Ada banyak lagi detail sebenarnya dan memandangkan masa agak terhad saya hurai secara umum dahulu dan akan sambung di masa akan datang. Apapun 5 prinsip asas bisnes online ini relevan sampai bila-bila, mentor saya sudah mengajarkan semua ini 3 tahun dulu dan saya boleh tambah memana-mana part ikut pengalaman. Mungkin jika saudara ada pengalaman boleh share bersama. Kita cambahkan pengetahuan yang bermanfaat untuk semua.
SHARING is CARING !

Tuesday, February 1, 2011

today nak kener kluar beli brang BBQ..for adik2x.

today nak buat BBQ for my adik2x......best2x.....all my adik...are freaking crazy and rascal....
they could eat anything that moves....damn.....hahhah! so i on my way to go giants to buy all the BBQ thing...get ready RM200...damn...tonigh i will tell you the recipies to make my own custom recipes of BBQ...uuuuyeah....